Friday, December 31, 2010

aye aye segamat!!

setelah lama memerap otak dan menambah lemak lebih kurang sebulan lebih kat rumah,tiba masa mengucapkan selamat tinggal dengan tabah kerana segamat sudah menanti.eceh macam lah ini first time nak leaving ke segamat,padahal dah masuk part4 dah kan.teringat lak zaman skema ayam time part 1,perghhh sumpah masa tu muka sadis,muka baik gilaaaaaa pijak semut pon gerenti semut berterima kasih sebab langsung tak sakit.(ohohoi lupakan cerita part 1,bukan nak cerita pasal semua-semua tu.pfffffft)

and yeah,happy new year,wahhhhh seronok nye mulakan buku baru kan kan?ehe,zaman kewanitaan sudah menghampiri ku yeahhhhhh nak kahwen nak kahwen.soooo azam baru harap dapat dilunaskan satu persatu dengan jayanya,wachaaaaa!!duush dush.(maaf ye,sugar high)weeee ;p


sooo semua barang da packing,yeahh and tabahlah di segamat.kat sini beriya lah kutuk-kutuk segamat,segamat bosan la,kecik la,bla bla pot pet padahal muka-muka yang sama gak yang dok turun pekan segamat tu.korang jangan nak propa sangat eh,boleh je aku tengok korang hidup kat segamat tuh.haaa..zasssssss..jangan propa akak akayssssssss...ohoi ini bukan laman gosip segala,pigidah.huk2,makin merapu dah kenapa ni.muuuuuuuu..(muncung bunyi lembu)

eh okay bye nak gerak ni.jumpa sana eh orang segamat.weeee

Thursday, December 30, 2010

wakaka si pengganas

ohohoi lama bebenor lah pulak aku tak buat kemunculan kan,ececeh ayat mintak buku lima.entry kali ni just nak tunjukkan wakaka anak kepada arwah pianka mengganas.kita tengok video eh?eceh ;p


maafkan suara saya yang buat sakit telinga tu ek ek??weeee.








p/s:awasi haiwan kesayangan anda.berikan mereka didikan kasih sayang supaya tak mengganas seperti wakaka.

Monday, December 20, 2010

i just can't resist ;p

oh ye rajin benar haku update blog hari ni,sampai 3 post serentak,tak mau glojjjsss(gelojoh)taw.grrrrr,tehehe ;p

oh ye pagi tadi sedang diulit mimpi nan syahdu tiba-tiba terbantut setelah mendapat panggilan telefon dari kawan aku ayu.around 10 pagi time tu.(kalau ayu tak call jangan harap dah bangun time-time macam ni,miawww)tapi tak sempat nak angkat,huk2 and then aku text la dia,"nape yu?"then dia rep,"jom teman aku g BSN,mak aku suh buat akaun SSPN untuk PTPTN".so lepas mandi siap-siap aku pon gerak la naik kereta dengan ayu pergi BSN meru.sampai sana orang tu cakap akaun SSPN tak buat pon takpe.heh,so kitorang melencong la ke Tesco.


haa dah alang-alang ke Tesco tu apa lagi,ambik lah kesempatan ushar-ushar selendang baru,grrrrrrrr.bersinar mata haku tengok selendang cantik-cantik kat sana.kebetulan abah ada bagi duit sikit soo cantik sangatlah tu,hehehe.lagipon dalam kepala ni memang dah lama nakkkkkkk sangat kat satu shawl ni.colour dia nice la,RM15 then aku mintak kurang dia bagi harga RM13.ok la tuh kan,so aku pon terus je rembat.ngeeeee ;p

lepas beli,dalam kereta aku da start menggayakan dah,haha.pening je kepala ayu.sampai rumah je apa lagi,webcam la.bajet la diri tu model tip top.tip top ke?model ke?uhuk








kantoi kat dalam pakai baju kelawar mak.ngeh2 ;p





puas.sangat. :)
 

Sunday, December 19, 2010

khas buat faiz amiruddin ;p

faiz amiruddin ialah my old time buddy in sekolah rendah.dah lama tak jumpa tup tap dia bagi haku soalan bagi panas ni.haha ;p


1. adakah anda rasa anda HOT?
tak pernah,hot pada saya merujuk pada cuaca yang panas.bukan merasakan saya hot tahap good2.erkk paham ke?

2. update wallpaper yang anda guna sekarang?
kenapa lak?saya suka warna yang sekarang ni.takyah memandai suruh saya tukar eh.grrrrr

3. Cerita about this wallpaper.
warna peach yang ceria.auwwww

4. Kali terakhir makan pizza.
bulan..errr..7 tak silap..kat pizza hut setia alam.

5. Lagu terakhir yg anda dengar?
got your back(T.I ft Keri Hilson)ahhhh addicted.asik dengar berulang2 sampai tahap nak muntah.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
berangan of coz,dapat PPTPN nak beli apa.macam la tak pernah buat kan?ceh
7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
aida,fitriyah,aidot,adik,gadis redbull,sleepy head,bubble head,gemuk,bangla

8. Tag lagi lima orang

1.qeena azmi
2.syawal mostakim


3.afiq zulhafiz




4.yunalis zarai(sah dia xtaw blog haku)



5.hana tajima(sah dia xminat baca blog haku)



9. Siapa orang no 1 dengan anda.
kucing saya

10. Katakan sesuatu pada orang no 5.
i really adore ur style la kak.ajar saya pakai selendang macam akak.and and ngape selendang akak mahal sangat.takleh jual murah ckit ke.(of coz kena speaking,sebab dia xpaham malay akayssssss)

11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
dia kawan ngan nombor 1 and nombor 2.

12. Bagaimana pula dengan nombor 2?
dia ada hubungan sulit ngan bomoh susuk kat siam.

13. Katakata cinta kepada orang nombor 4.
yuna,i love u.i will always support u.u are my inspiration to wear shawl.something like that lah.and and i love all your songssssss.

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.
semua pakai susuk bomoh siam
semua kaki gossip
semua kaki shopping
semua suka belajar last minute
semua anak manja


puas hati dengan jawapan saya? :) and and tq sebab tag saya mr.batman.weeee ;p

Thursday, December 16, 2010

temptation rising.

rasa nya cuti sem kali ini banyak dihabiskan meng-Google trend-trend fesyen artis hollywood yang terkini,wahhh meriah lagakku bercakap mengalahkan fashion police,weee.no,yes eh seriously memang tak menahan kalau search fashion-fashion baru ada je fashion yang membuat hati ini melonjak sakan.as for my opinion lah kan,tak sure pulak pendapat korang,i always think hollywood celebs like miley cyrus and vanessa hudgens is true fashion forward.suka sangat tengok style diaorang tapi memang tak lah kan haku nak pakai short pants je macam diaorang tu haha,masuk neraka akak kan adoiiii.


damn she's always looks good.a fringe bag,denim shirt,cool accessories,and and her hair is always nice.ahhhh..



the jacket and the accessories are f-ing awsome.



 i want a denim jacket like her.the colour is nice with a stud detailing,auwwww.




a sweet maxi dress and hobo bag.



lust at first sight.




oh yes intoducing,a clogs.in malay word we call it terompah.what do you guys think?kelakar or nice?
i fell in love with it already,awwwww.



auww nice,tapi tapi i need a tutorial to walk in them.nanti jatuh malu sahaja.tsk-tsk :(



ahh she looks good wearing them clogs.



should i buy them?uhuk.



kate beckinsale wearing a clogs.



some ideas what you can wear with the clogs.a long skirt can be an option.








i'm not sure if i really want the clogs though.macam nak beli,tapi tapi kena fikir betul-betul dulu baju apa yang sesuai pakai dengan clogs tu?nampak pelik tak?aisehhhh.ini lah masalah kalau taksub sangat dengan benda-benda lagha ni.padan muka.haha.almaklumlah umur nak meningkat 20-an,zaman kewanitaan bakal menghampiri tu yang rasa bernafsu semacam bila tengok kasut tinggi-tinggi ni,selalu pakai kasut flats je pon,tehee.



                

my darling.

okay,so entry kali ini i just want to share with you guys my favourite items.hee basically barang-barang yang saya nak tunjuk ni adalah kesayangan saya sebab mengandungi sentimental value yang tersendiri.walaupon harga nya takde lah mahal pon,tapi sangat bermakna tau.ada yang saya beli dengan duit sendiri,ok not exactly my money la sebab saya beli pakai duit PTPTN(erkk kantoi)hehe dan ada yang dihadiahkan oleh my mom and my sister.



skinny jeans,must have.sangat sesuai pakai dengan blaus or tshirt yang labuh.






cardigan labuh.kalau dah ada cardigan kita just perlu tambah koleksi tshirt lengan pendek or tank top yang bermacam-macam warna je untuk dipadankan.



skirt labuh.kalau tiba-tiba tengah datang demam nak pakai ala-ala feminin ayu gitu saya akan pilih untuk pakai skirt labuh.the black and white one is a present from my mom on my birthday yang keberapa ek? tak hengat la,uhuk.the orange one abang saya yang bagi.basically i just have two skirts,ehe.



ouhh this blouse,saya beli kat segamat.free size,so memang nampak besar tapi sesuai sangat pakai dengan skinny jeans.it comes with a belt,tapi saya tak prefer pakai belt.i just keep it simple and minimum.guess what?it's only RM15.and it's worth it.



tshirt ni nampak biasa je kan,tapi kain dia sangat selesa.this is a birthday present from my mom this year.





this one is also my birthday present from sister on my birthday this year.blouse ni nampak sangat girly kan?haha.saya jarang pakai baju ni,because somewhom my butt looks quite flattering when i put this on though,uhuk.
 but still i like the colour and the detailing,weeeee.



 this one looks vintage and simple,sesuai dengan citarasa saya.warnanye pon senang nak match dengan mana-mana baju.


 ouhh these are my darlings.i love,love,love long necklace.suka sangat pakai rantai yang labuh-labuh dan panjang-panjang.rasanya kena update lagi my necklace collections,weee.


this rainbow one is my favourite.murah je taw,RM5 only.but sadly awan dia yang belah kiri tu da patah.ouchhh.



ahhhh this one,my second sister gave to me also on my birthday.senang sangat nak matching dengan baju apa pon,waima colour apa pon dia senang nak match.



my bangles
and my watch.bangle tu da nampak lusuh sangat kan?ish buat malu je la nak tunjuk,uhuk.jam tu my mom gave it to me.tapi tapi bateri dia da mati.and and sampai la ni saya tak ganti lagi bateri dia.demmit,nanti ingatkan saya taw ganti bateri.hik,mekaceh ;p


 miyami compact powder yang dah nampak macam errr macam haram.



wahhh sampai macam tu sekali aku pedajal bedak ni sampai da pecah da pon,uhuk.tehee alamak da abes la,t ingatkan saya beli beli yang baru taw.haa kalau nak dapat murah ckit saya ad kad keahlian cosway,sudilah pinjam kad keahlian saya ye,hik.




contact lense.almaklumlah saya ni rabun,kalau saya pakai spek nanti dah tak boleh la nak melaram and nampak cantik macam yuna tu bila saya pakai selendang.saya ni memang minat betul lah pakai tudung lilit sampai terbelit ni.tu pasal la mesti kena pakai contact lense.




yeahhhhh tu dia koleksi tudung belit-belit saya.nak yang corak ada,yang kosong pon ada.nak pinjam?ehh boleh je,hik.tapi tapi lepas ni nak update lagi koleksi.tak cukup ni.heee.


ni mesti lah hand phone,takkan microwave pulak,grrrrrrrr.handphone ni baru je lagi beli tak sampai setahun lagi,tapi da start buat kepala akak ni haa migraine tahap 8.asyik-asyik hang.



ini krim muka yang boleh juga digunakan sebagai foundation.fungsi,untuk menghilangkan bekas parut jerawat,dan of coz lah supaya muka tu takdela nampak kusam,pucat lesi,benyek and lemau je kan.



kalau tak pakai krim ni rasa nye shah rukh khan takkan jadi suami saya sekarang.oke,tipu.RM5 je pon.



my laptop.precious,beli dengan duit PTPTN ye.nampak tak function PTPTN kat situ,kerajaan suruh anda beli laptop.oke.



oke,tak payah tunjuk sangat aku minat miley cyrus,grrrrr.



roarrrrr.somehow tak tahulah why i'm so obsessed with leopard print,teheee.



 
but sadly setelah disenaraikan barang-barang dia atas saya rasa i still need to update my collection.tengok lah,jeans pon ad satu je.sigh.oke lepas ni dapat duit PTPN nak beli seluar jeans,selendang,denim jacket(ouhh yess hari tu ad nampak satu denim jackt yang cun gila vavi kat padini),maxi dress,um um rantai panjang,oh yes cardigan,bedak miyami,eyeliner,kasutttttt,lagi apa ek?tu je kot buat masa ni,mana tahu lepas ni terfikir nak tambah lagi.haaa nampak tak macam mana duit PTPTN tu sangat membantu minat bershopping saya?weeeee.oke,tu je.





Wednesday, December 15, 2010

take it to the MAXI-mum.

wahhhh selepas demam selendang lilit-lilit bagai sekarang dah datang demam maxi dress pulak.maxi dress ni simple je sebab just sarung je dan tak payah fikir nak pakai seluar apa.haa lagi satu sangat praktikal kalau kita nak cepat kemana-mana tak yah risau boipren,kakak,or ayah menunggu korang bersiap lama-lama,sarung je lepas tu padankan je dengan tudung bagi yang pakai tudung la kan,cardigan or denim jacket sbb biasanya maxi dress ni sleevless and also pair it with a simple sandal,pump shoes,wedges,or high heels.voila,sangat cantik akayyss.huh ni yang tak tidur malam berangan nak rembat satu maxi dress ni.as for me,my choice would be a plain maxi dress which is in grey shade.kalau plain colour tu senang la nak mix n match dengan selendang yang colourful and tambah lah accessory macam rantai panjang ke.wahhhhh lagi la tak boleh tidur lepas ni.nak sangat beli maxi dress warna kelabu kosong,auwwwwwww.

so kat bawah ni jom kita lihat macam mana hollywood celebs wearing maxi dress.sumpah tergoda akak tengok.sooner or later mesti ada satu dalam almari.weeeee


rock chick like miley cyrus.



miranda kerr pair it with a denim jacket.



auwww vanessa hudgens.



damn taylor momsen looks hella good.


laid back like gwen stefani.



simple yet stylish like hillary duff.




looks great.



wear grey head to toe like heidi klum.



go flowery.



edgy style from nicole richie.


ouhh hati dah sangat eksaited nak dapatkan satu.$$$ come to me,weee ;p